TOPIC 3
OBJEKTIF
Objektif am :
Mempelajari , memahami dan menggunakan kaedah agihan momen untuk menentukan nilai momen pada setiap rasuk selanjar iaitu struktur tak boleh tentu statik.
Objektif khusus :
Ø Menentukan nilai momen hujung terikat
Ø Menentukan nilai agihan momen pada setiap hujung
Ø Menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh beban tumpu , beban teragih seragam dan beban gabungan .
Ø Menentukan nilai momen lentur dan daya ricih
Ø Melakarkan gambarajah momen lentur dan daya ricih
4.1 Pengenalan
Kaedah agihan momen ini kaedah penggantian yang mana ianya mudah diaplikasikan apabila sesetengah pekali elastik dapat ditetapkan. Keadah agihan momen atau dikenali juga sebagai “moment distribution “ telah dibangunkan oleh En. Hardy Cross, seorang profesor dalam kejuruteraan awam di Universiti Illinois pada tahun 1932 dalam kertas kerjanya kepada American Society of Civil Engineers. Dengan menggunakan kaedah ini , momen di dalam anggota struktur di perolehi dengan membuat anggaran yang berturutan . perhitungan yang terlibat hanyalah aritmetik semata-mata. Kaedah ini telah menarik perhatian ramai dan di iktiraf diantara kaedah termaju di dalam analisis struktur abad ini.
Kebaikan kaedah ini ;
· Tidak melibatkan penyelesaian persamaan
· Prosesnya sangat mekanikal dan dapat disemak dengan cepat dan mudah .
· Kejituan boleh diperolehi pada darjah yang dikhendaki bergantung kepada jumlah imbangan dan agihan yang dijalankan .
· Keadah ini boleh memperlihatkan bentuk pesongan struktur.
Sebelum modul ini menerangkan teknik-teknik bagaimana agihan momen ini di lakukan , beberapa definasi dan konsep perlu di ketahui.
https://www.youtube.com/watch?v=Fa0RQeY1XyE
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment