Objektif Am
Memahami konsep garis imbas di dalam menentukan daya riceh dan momen lentur
maksima pada bahagian-bahagian tertentu apabila rasuk dikenakan beban bergerak.
Objektif Khusus
Di akhir unit ini pelajar sepatutnya
dapat
a. mengira
daya riceh maksima (maksima positif dan negatif) pada bahagian-bahagian
tertentu dengan menggunakan gambarajah
garis imbas apabila rasuk dikenakan beban bergerak jenis
i.
beban
tumpu
ii.
beban
teragih seragam
iii.
gabungan
beban-beban di atas
b.
menentukan momen lentur maksima (maksima positif dan negatif) pada
bahagian-bahagian tertentu dengan menggunakan gambarajah garis imbas apabila rasuk dikenakan beban
bergerak jenis
i.
beban
tumpu
ii.
beban
teragih seragam
iii.
gabungan
beban-beban di atas.
DAYA RICEH
Pengenalan
Jika sebelum ini (unit 7) kita telah
tahu cara untuk melakar gambarajah garis
imbas sama ada untuk daya tindakbalas, daya riceh atau momen lentur bagi rasuk
boleh tentu, maka dalam unit ini pula kita akan pelajari cara untuk mengira
nilai daya riceh dan momen lentur jika dikenakan beban sebenar .
Takrifan
Nilai daya riceh bagi rasuk boleh tentu bergantung kepada beban yang
dikenakan .
Di antaranya ialah :-
i.
beban
tumpu
ii.
beban
teragih seragam
iii.
gabungan
beban-beban di atas
Beban tumpu
Penyelesaian rasuk akibat dari
beban titik untuk daya riceh dan momen
lentur berbeza kerana ianya bergantung kepada bentuk gambarajah garis imbas yang dilakar. Kita bincangkan
dahulu untuk mendapatkan nilai daya
ricih sebenar menggunakan gambarajah
garis imbas bagi beban pada kedudukan tertentu.
Pengenalan
Takrifan
Beban Teragih Seragam
Penyelesaian rasuk akibat dari
beban teragih seragam untuk daya riceh dan momen lentur berbeza kerana ianya
bergantung kepada bentuk gambarajah
garis imbas yang dilakar. Perbincangan akan dimulakan dahulu untuk beban
teragih seragam pada kedudukan tertentu.
MOMEN LENTUR
Pengenalan
Jika sebelum ini kita telah tahu
cara mengira nilai daya riceh jika
dikenakan beban sebenar . Maka dalam bahagian ini kita akan mempelajari pula
cara mengira nilai momen lentur jika dikenakan beban sebenar samada ada
beban tumpu atau beban teragih seragam.
Takrifan
Nilai momen bagi rasuk boleh tentu bergantung kepada beban yang dikenakan .
Di antaranya ialah :-
i. beban
tumpu
ii. beban teragih seragam
iii.
gabungan beban-beban di atas
Beban tumpu
Penyelesaian rasuk akibat dari beban titik untuk daya riceh dan momen lentur berbeza
kerana ianya bergantung kepada bentuk gambarajah garis imbas yang dilakar. Kita bincangkan dahulu
untuk mendapatkan momen lentur menggunakan gambarajah garis imbas bagi beban
pada kedudukan tertentu.
Beban Teragih Seragam
Penyelesaian rasuk akibat dari
beban teragih seragam untuk daya riceh
dan momen lentur berbeza kerana ianya bergantung kepada bentuk gambaRajah garis imbas yang dilakar. Perbincangan akan
dimulakan dahulu untuk beban teragih seragam pada kedudukan tertentu.
BEBAN TITIK BERGERAK
Pengenalan
Kebanyakan struktur seperti rasuk atau jambatan sering
ditindaki beban titik yang bergerak sama ada beban satu titik atau beban titik
bersiri. Bagi satu beban titik yang
bergerak pengiraannya adalah agak mudah kerana kita hanya mempertimbangkan satu
beban sahaja dan kita boleh agak dari gambarajah garis imbas pada kedudukan mana yang dapat
memberikan nilai daya ricih dan momen lentur yang maksima.
Tetapi untuk beban titik yang bersiri adalah agak
sukar kerana kita terpaksa membuat beberapa pertimbangan tentang susunan beban
dan pada kedudukan mana yang dapat memberikan nilai daya ricih dan momen lentur
yang maksima.
Beban Titik Bersiri dan Beban Teragih Seragam (BTS)
Untuk menentukan nilai daya riceh dan momen lentur maksima pada satu titik
rasuk melalui kaedah garis Imbas, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan:
Langkah 1
Lakarkan G.I. yang berkaitan.
Langkah 2
Menyusun kedudukan beban supaya memberikan nilai maksima melalui beberapa
percubaan:
(a). Untuk beban tumpu berjujukan
(beban titik bersiri), nilai maksima diperolehi apabila salah satu
daripada beban tumpu berada dipuncak G.I.
(b). Untuk beban teragih seragam (BTS) yang mana
cerun G.I. berubah dari +ve ke –ve atau sebaliknya, kedudukan BTS yang
memberikan nilai luas maksima
No comments:
Post a Comment