Kaedah agihan momen ini kaedah penggantian yang mana ianya mudah diaplikasikan apabila sesetengah pekali elastik dapat ditetapkan. Keadah agihan momen atau dikenali juga sebagai “moment distribution “ telah dibangunkan oleh En. Hardy Cross, seorang profesor dalam kejuruteraan awam di Universiti Illinois pada tahun 1932. Kaedah ini telah menarik perhatian ramai dan di iktiraf diantara kaedah termaju di dalam analisis struktur abad ini.
OBJEKTIF
Objektif am :
Mempelajari , memahami dan menggunakan kaedah agihan momen untuk menentukan nilai momen pada setiap kerangka portal iaitu struktur tak boleh tentu statik yang melibat kes tidak huyung dan kes huyung.
Objektif khusus :
Ø Menentukan nilai momen hujung terikat
Ø Menentukan nilai agihan momen pada setiap hujung
Ø Menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh beban tumpu , beban teragih seragam dan beban gabungan .
Ø Menentukan nilai momen lentur dan daya ricih
Ø Melakarkan gambarajah momen lentur dan daya ricih
Pengenalan
Penggunaan kaedah Agihan Momen kepada analisis kerangka tegar tidak boleh tentu adalah sama dengan rasuk selanjar. Sekiranya suatu kerangka tegar memiliki lebih daripada 2 anggota bertemu pada satu sambungan, ketidak seimbangan di permukaan setiap sambungan adalah hasil tambah aljabar momen-momen hujung terikat (MHT) atau momen bawa sebelah terkumpul di sambungan itu. Ketidakseimbangan ini kemudiannya diagih-agihkan kepada hujung-hujung anggota berdasarkan faktor-faktor agihan.
No comments:
Post a Comment